Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Pahang/warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : -
Jawatan : Pembantu Pegawai Zakat ( Lelaki )
( 3 kekosongan )
: SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah dan lulus Matematik atau Akaun; dan
Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan : RM927.00
Taraf perkhidmatan : Tetap
Umur : Antara 18 tahun hingga 30 tahun
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyaipengetahuan mengenai penggunaan komputer.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran pasport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-
Pengurus Besar
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 07 Ogos 2012.
Catatan Am
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga ;
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Muat turun borang permohonan
Post a Comment